Tips Kawal Tekanan Darah Tinggi
-
Turunkan berat badan
Jika anda mempunyai BMI melebihi 25, anda disarankan untuk turunkan berat badan. Berat badan. Turun berat badan 1 kg akan menurunkan tekanan darah tinggi sebanyak 1 mmHg. Turunkan berat badan adalah cara yang paling efektif untuk mengawal tekanan darah. Selain itu, ukuran lilit pinggang juga mempengaruhi tekanan darah. Lelaki disarankan kurang dari 40 inci dan wanita kurang 35 inci bagi mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
-
Makan makanan yang sihat
Pemakanan sangat penting yang akan mempengaruhi status kesihatan termasuklah tekanan darah. Amalkan pemakanan yang seimbang, kurangkan makanan yang tinggi lemak tepu, kolesterol, garam. Amalkan ambil buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan lemak sihat (MUFA & PUFA). Kurangkan pengambilan garam dalam makanan seperti garam, makanan berproses dan makanan segera. Ikuti diet Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH).
-
Bersenam
Senaman membantu menstabilkan tekanan darah dengan meningkatkan pelancaran darah, menurunkan tekanan, dan meningkatkan mood.
-
Kawal Tekanan
Tekanan sesekali juga boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi jika anda mengamalkan tabiat makan makanan yang tidak sihat, minum alkohol atau merokok.
-
Berhenti merokok
Setiap batang rokok meningkatkan tekanan darah anda selama beberapa minit selepas merokok. Berhenti merokok membantu menstabilkan tekanan darah anda kembali normal. Berhenti merokok dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan kesihatan keseluruhannya. Orang yang berhenti merokok mungkin hidup lebih lama daripada orang yang tidak pernah berhenti merokok.
Sumber:
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/high-blood-pressure/art-20046974