ALAMI LIVING MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA SEPANJANG BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PELANGGAN DAN PENGGUNA KAMI DI SELURUH MALAYSIA.
Tip Pemakanan di Bulan Ramadhan

5 Tips Pemakanan di Bulan Ramadhan 

 

  1. Mengambil makanan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut bijirin penuh,  dan oats. Makanan ini mengambil masa yang agak lama untuk proses pencernaan dan penyerapan ke dalam badan. Ia menyumbang kepada tenaga yang berpanjangan, serta makanan yang mengenyangkan. 

  2. Pengambilan protin sangat bagi membantu mengenyangkan dan memberikan tenaga. Anda juga boleh mencampurkan dengan protin rendah nilai biologi seperti kacang dan kekacang, biji-bijian. 

  3. Makan pelbagai buah-buahan serta air yang mencukupi ketika bersahur bagi memenuhi keperluan air di dalam badan. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh dan kopi bagi mengelakkan dehidrasi.

  4. Mengamalkan pengambilan kurma kaya dengan glukosa, fruktos, zat besi, potasium dan magnesium serta kaya dengan serat. 

  5. Kurangkan makanan yang tinggi gula ringkas yang menyebabkan anda cepat lapar.

 

 

Sumber: 

http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-sihat-semasa-ramadan-puasa/

Leave a reply