ALAMI LIVING MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA SEPANJANG BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PELANGGAN DAN PENGGUNA KAMI DI SELURUH MALAYSIA.
Tip kekal berat badan di bulan Ramadhan

Tip Kekal Kurus di Bulan Ramadhan

 

Semasa bersahur pastikan ambil karbohidrat berserat dan sumber protin 

 

Sebagai Contoh:

  • 1 mangkuk bijirin, 3 biji kurma, 1 gelas susu 

  • 1 genggam nasi, ikan/ayam

  • 2 keping roti, tuna/telur 

 

Untuk kekal bertenaga, digalakkan mengambil 3 biji buah kurma pada setiap waktu sahur

 

Semasa Berbuka 

 

Berbuka puasa didahului dengan 3 biji kurma dan 1 cawan air manis. Kurma akan memberikan tenaga segera 

 

Nikmati juadah berbuka dengan sederhana. Sebagai contoh;

 

  • 1- 2 sajian kuih-muih/roti john/martabak

  • 2 senduk nasi/mee/mihun, 1 sajian lauk dan 2 senduk sayur

 

Mengambil 1 sajian buah-buahan sebagai pencuci mulut ketika berbuka dan bersahur bagi menggalakkan anda lebih cepat kenyang dan menyegarkan badan. Pastikan bersahur bagi kekal bertenaga sepanjang hari. 


Selain itu, hadkan pembelian juadah berbuka dan rancang menu makanan anda sepanjang bulan puasa ini supaya anda kekal dalam journey diet

Leave a reply