DAPATKAN PROMOSI CHINESE NEW YEAR (CNY2022) BERMULA 20 JANUARI - 28 FEBRUARI 2022
Sambutan Hari Aids Sedunia - Hentikan ketidaksamarataan, Hentikan AIDS!

END INEQUALITIES, END AIDS - SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2021

Hasrat setiap individu agar dijauhkan segala malapetaka penyakit berjangkit dan penularan AIDS yang sangat merbahaya terhadap diri kita, keluarga, saudara-mara, kejiranan dan masyarakat sekeliling.

Semasa kali pertama Sambutan Hari Aids Sedunia diiktiraf pada 1988, ketika itu seramai 150,000 orang telah dijangkiti HIV di seluruh dunia. Hingga kini, angka terakhir di catatkan sekitar 33 juta orang telah dijangkiti dan lebih 25 juta orang telah meninggal dunia.

Walaupun pada hari ini, dunia sedang berperang hebat untuk mengatasi masalah Covid-19, tetapi HIV/AIDs tidak pernah terhenti.

Wajib di kalangan kita dewasa ini untuk sentiasa peka dan perihatin dengan tahap kesihatan kita, pasangan dan anak-anak. Sekurang-kurangnya mengambil tahu asas jangkitan dan kegiatan yang boleh menyebabkan pelaku mendapat jangkitan tersebut.

Harus diingatkan bahawa bukan semua pembawa jangkitan HIV Aids ini adalah pelaku. Kebanyakan mereka adalah mangsa! Isteri, anak-anak kemalangan disebabkan luka yang terbuka dan pemindahan darah juga antara penyebabnya.

Yang paling penting sentiasa pelihara dan periksa tahap kesihatan. Buat pemeriksaan doktor setiap 3-6 bulan bagi mendapat tahu dan pasti status kesihatan kita. Demi diri, keluarga dan mereka yang kita sayangi.

SELAMAT MENYAMBUT HARI AIDS SEDUNIA DARI KAMI DI ALAMI LIVING MALAYSIA.

#AlamiLiving #JagaKesihatan #PeriksaKesihatan #JagaSOPSetiapHari #JauhiGejalaMerosakkan #SelamatHariAidsSedunia

Leave a reply