Minyak Kelapa Dara (VCO) VS Emulsi Kelapa Dara (VCE)

Minyak Kelapa Dara (VCO) VS Emulsi Kelapa Dara (VCE) 

 

Minyak Kelapa Dara (VCO)

Emulsi Kelapa Dara (VCE) 

Ejen Antioksida

Ya

Ya

Ejen Anti-Kulat

Ya

Ya

Rasa dan Bau

Aroma Kelapa

Aroma Kelapa Manis

Keterlarutan

Tiada

Segera

Kandungan lembapan

0.1-0.5 %

84 %

Kadar Penyerapan

Rendah

Tinggi

 

Secara asasnya, emulsi kelapa dara diformulasikan daripada minyak kelapa dara. Emulsi kelapa dara telah dikaji selama lebih 10 tahun dan telah mendapat “Patent” di US dan Japan. 

 

Perbezaan utama Emulsi Kelapa Dara (VCE) dan Minyak Kelapa Dara (VC0) adalah dari segi bentuk, VCE dalam bentuk emulsi (emulsion) manakala VCO dalam bentuk minyak. Keadaan ini akan memberi kesan terhadap penyerapan nutrien makanan tersebut ke dalam badan. VCE akan mudah dan cepat di serap berbanding VCO kerana emulsi dalam bentuk cecair lebih pantas penyerapan berbanding minyak yang perlu melalui beberapa proses di dalam badan sebelum diserap. 

Faktor utama pengambilan minyak kelapa dara disebabkan adanya komponen lemak rantaian sederhana (MCT) memberikan tenaga berbanding lemak rantaian panjang dalam minyak yang lain. Apabila seseorang mengambil VCO, lemak rantaian sederhana akan pergi ke hati untuk diproses sebelum menjadi jasad keton untuk digunakan sebagai tenaga untuk organ otak dan badan. 

 

Namun, apabila seseorang mengambil VCE, hati tidak perlu bekerja keras untuk menukarkan VCE kepada tenaga kerana ia dalam emulsi mudah diserap dan diproses dalam badan. Selain itu, VCE mengandungi sedia ada Monolaurin yang jauh lebih efektif melawan jangkitan bakteria, virus dan kuman berbanding laurik asid yang ada pada VCO. 

 

Sumber: 

https://www.healthline.com/health/monolaurin