Pasta Aglio Olio Al Ard

Posted by webadmin on Monday 19 October 2020

Bahan-bahan:
 

  • 400gm pasta spageti rebus hingga agak lembut atau al dante (8 minit)
  • 2 sudu Premium Palestinian Za’atar Blend (Thyme)
  • 2 sudu chili flakes (nak pedas boleh tambah)
  • Setengah cawan minyak zaitun Al Ard
  • 5 ulas bawang putih cincang halus
  • Setengah biji bawang Holland potong dadu
  • Sayur pilihan (contohnya brokoli dan tomato)
  • Lauk pauk pilihan (contohnya  udang dan sotong)
  • Garam secukup rasa


Cara-cara memasak:
 

  1. Panaskan Minyak Zaitun Al Ard dalam kuali leper dengan api kecil,masukkan bawang putih dan bawang Holland.
     
  2. Masukkan garam dan sayur serta lauk.
     
  3. Masukkan pasta,tak perlu tos,masukkan terus dari periuk rebusan ke kuali dengan penyepit.
     
  4. Gaul sebati.

    *** Masa nak hidang tu tambahkan lagi Minyak Zaitun Al Ard dan tabur dengan sedikit Zaatar 

    Dah siappppp.... Senangkan?? Selamat mencuba!!

     



Sumber: Resepi Pasta Aglio Olio by Sue Izza