MITOS DIET
-
Gula perang pilihan lebih baik
Gula perang atau gula semulajadi seperti gula kelapa selalu dikatakan lebih sihat. Ia juga mengandungi glukos dengan nutrien yang sedikit berbanding kuantiti gula yang diambil. Dari segi glisemik indeks (GI), gula kelapa lebih rendah berbanding gula putih. Namun, kuantiti pengambilan tetap perlu di kawal.
-
Gluten free lebih sihat
Gluten free adalah pilihan kepada orang yang mempunyai alahan atau tidak bertoleransi dengan gluten. Tiada kajian saintifik yang menunjukkan dengan mengelakkan pengambilan gluten memberi kesan yang baik kepada diet seseorang. Namun, secara keseluruhannya pemilihan makanan dalam diet, sama ada bebas gluten atau pon tidak adalah sangat penting.
-
Untuk kekal sihat perlu “detoks”
Proses detoksifikasi secara semulajadi telah dilakukan oleh sistem badan bermula dari kulit, hati, paru-paru, buah pinggang bagi menyingkirkan toksin dan bahan buangan. Tiada satu minuman spesifik yang boleh lakukan fungsi detoksifikasi. Amalkan cara pemakanan yang sihat, diet seimbang dan pelbagai serta gaya hidup yang sihat.
Sumber:
https://www.healthline.com/nutrition/brown-sugar-vs-white-sugar
https://www.healthline.com/nutrition/coconut-sugar#TOC_TITLE_HDR_4
https://www.healthline.com/nutrition/is-gluten-bad
https://www.medicalnewstoday.com/articles/325221