Minyak Habbatussauda: Kandungan Nutrisi dan Khasiat

 

Dalam habbatussauda ada omega 6, omega 9, cymene dan juga mempunyai bahan aktif yang dipanggil thymoquinone. Thymoquinone ini kaya dengan antioksida. 

Peranan utama antioksida adalah melawan radikal bebas, radikal bebas ini terhasil daripada pemakanan yang tidak sihat seperti makanan berproses, makanan segera dan persekitaran yang tercemar  seperti asap rokok. 

Antioksida ini yang akan bertindak melindungi daripada berlakunya kerosakan sel dalam badan. Sifat anti-radang pula melindungi sel tisu organ daripada berlakunya keradangan. Sifat anti-keradangan ini dapat menurunkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan diabetes. 

Antara punca keradangan:

- Meningkat usia 

- Berat badan yang berlebihan 

- Merokok 

- Makanan yang tinggi lemak dan gula 

- Tekanan

- Tidur yang tidak mencukupi

 

Kedua, ada 50% asid linoleik yang mengandungi omega 6 iaitu lemak asid yang penting (essential) kerana badan tidak dapat menghasilkan omega 6. Fungsi omega 6 adalah membantu menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL

Ketiga, ada asid oleic iaitu omega 9 (non-essential) kerana badan sendiri boleh hasilkan omega 9. Tetapi pengambilan omega 9 akan beri kesan yang positif kepada kesihatan.  Omega 6 dan 9 ini juga bersifat anti radang. 

Keempat cymene pula komponen yang boleh melawan kesakitan dan keradangan dalam badan 

Secara kesimpulan, dalam habbatussauda mempunyai sifat yang sangat penting seperti antioksida dan sifat anti radang bagi memberikan kesan terapeutik kepada kesihatan.

Jadi, makanan yang tinggi antioksida dan bersifat anti radang ini sangat penting bagi mengurangkan risiko penyakit kronik.

 

Sumber:

https://www.healthline.com/nutrition/black-seed-oil#benefits