Pemakanan Tingkatkan Imun Sistem Badan

 

Antara pemakanan yang membantu meningkatkan imun sistem badan;

  1. Protin 

Protin sangat penting dalam meningkatkan dan mengekalkan imun sistem badan kerana protin adalah sumber makanan bagi menghasilkan antibodi dalam badan. Kekurangan protin akan menjejaskan ketahanan sistem badan. 

  1. Vitamin C 

Vitamin C akan meningkatkan imun sistem badan dengan cara meningkatkan penghasilan sel darah putih bagi melawan jangkitan kuman. Vitamin C juga akan melindungi dan membaiki sel rosak dalam badan. 

Sumber yang kaya vitamin C, contohnya, jambu batu, oren, strawberi, betik dan tembikai, brokoli, tomato, bayam

  1. Vitamin E

Vitamin E adalah antioksida, yang berupaya melawan radikal bebas dan keradangan dalam badan. Vitamin E juga menyokong bagi meningkatkan imun sistem badan.

Contohnya, minyak sayur-sayuran seperti minyak zaitun, minyak kacang soya, kacang-kekacang, kuaci, biji chia.

  1. Vitamin D

Vitamin D melindungi diri daripada jangkitan dan penyakit, ia merupakan barisan pertahan pertama sistem imun badan. Ia juga membantu meningkatkan fungsi sel imun sistem badan (T sel).

Contohnya, cahaya matahari, ikan tuna

  1. Pemakanan Anti radang 

Pemakanan anti radang sebagai contoh makanan yang kaya dengan sumber antioksida membantu melawan radikal bebas serta melawan keradangan dan jangkitan kuman jika berlaku. 

Contohnya, minyak zaitun, lemak ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran

  1. Emulsi Kelapa Dara atau Virgin Coconut Emulsion (VCE) 

Ia mempunyai aktif monolaurin. Monolaurin ini mempunyai kesan melawan membunuh bakteria dan virus yang sangat kuat berbanding laurik asid. Pengambilan VCE akan menggalakkan peningkatan imun sistem badan. 

 

Sumber: 

https://www.healthline.com/health/monolaurin#health-benefits

ttps://www.healthline.com/nutrition/anti-inflammatory-diet-101#Food-Fix:-Beat-the-Bloat

https://www.webmd.com/cold-and-flu/qa/are-highprotein-foods-good-for-the-immune-system#:~:text=Protein%20is%20vital%20to%20build,%2C%20apathy%2C%20and%20poor%20immunity.