DAPATKAN PROMOSI CHINESE NEW YEAR (CNY2022) BERMULA 20 JANUARI - 28 FEBRUARI 2022
Kepentingan susu ibu kepada bayi

Kepentingan susu ibu kepada bayi

 

  1. Membekalkan nutrisi yang lengkap kepada bayi

 

Komposisi susu ibu adalah lengkap mengikut keperluan bayi mengikut usia bayi. Susu ibu lengkap dengan air, protin, lemak, karbohidrat serta vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi. Bayi yang menyusu susu ibu akan mendapat berat badan yang ideal.

 

  1. Mengandungi antibodi kepada bayi

 

Pada hari pertama hingga kelima, susu ibu mengeluarkan colostrum yang berwarna cair kekuningan dan testur susu yang pekat. Colustrum ini akan membekalkan antibodi iaitu Immuglobulin A dan protein. Colustrum tidak ada dalam mana-mana susu formula. Colustrum adalah tinggi protin, rendah karbohidrat dan lemak berbanding susu yang telah matang.

Selain itu, susu ibu adalah rata-rata 6.2% asid laurik, dan penyusuan susu ibu memberi bayi monolaurin. Terdapat banyak kajian mengenai monolaurin dan asid laurik sebagai deriivative minyak kelapa. Walau bagaimanapun, kajian berikut secara eksplisit meneroka potensi faedah antibakteria dan antimikroba monolaurin dari susu ibu dan penyusuan susu ibu yang berkaitan.

 

  1. Mengurangkan risiko penyakit

Bayi yang menyusu susu ibu akan kurang mendapat penyakit Ketika membesar. Contohnya seperti jangkitan telinga dan paru-paru, alergik (asma, eczema, penyakit kulit), serta mengelakkan daripada sindrom bayi kematian mengejut (SIDS).

 

Susu ibu bukan sahaja memberikan nilai pemakanan yang sangat baik, tetapi juga memainkan peranan yang sangat penting dalam melindungi dan menyokong fungsi imun bayi walaupun kandungan lemaknya yang sihat

 

Sumber:

https://www.healthline.com/health/breastfeeding/11-benefits-of-breastfeeding#benefits-for-baby

Margrit Hamosh, Jerry A. Peterson, Theresa R. Henderson, Ciaran D.Scallan, Radwin Kiwan, Roberto L.Ceriani, Martine Armand, Nifin R. Mehta, Paul Hamosh. Protective function of human milk: The milk fat globule. Seminars in Perinatology Volume 23, Issue 3, June 1999, Pages 242-249

 

Leave a reply