DAPATKAN SET BOX PREMIUM EVOO AL ARD PALESTINE PADA HARGA PROMOSI RM169.00 SAHAJA DENGAN PENGHANTARAN PERCUMA KE SEMENANJUNG MALAYSIA.
KEMPEN #IMMUNITY4COMMUNITY OLEH TEAM ALAMI LIVING. DAFTAR SEKARANG UNTUK PRODUK, PENGHANTARAN DAN KHIDMAT NASIHAT PERCUMA DARI PAKAR. HEBAHAN UMUM BAGI PESAKIT POSITIF COVID YANG DIKUARANTIN. MOHON HEBAHKAN. BANTU KAMI UNTUK KAMI MEMBANTU YANG MEMERLUKAN! KLIK LINK DI BAWAH UNTUK INFO LANJUT
Jambu Batu 4x Khasiat Vitamin C berbanding Oren

Jambu Batu 4x Khasiat Vitamin C berbanding Oren 

 

Buah jambu batu antara buah yang paling tinggi khasiat Vitamin C. Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan antioksidan serta serat. 

 

100g Jambu Batu mengandungi 228.3mg vitamin C berbanding oren 53.2mg.

 

Seorang dewasa lelaki dan wanita memerlukan vitamin C sebanyak 70mg sehari, maksima pengambilan disarankan tidak melebihi 2000mg. 

 

Nutrien bagi satu hidangan 100 gram:

  • Kalori: 37

  • Lemak: 1 gram

  • Karbohidrat: 14 gram

  • Serat: 3 gram

  • Protin: 2.6 gram

  • Sodium: 1 milligram


 

Antara Khasiat Jambu Batu: 

 

  1. Menurunkan kolesterol 

 

Jambu batu mengandungi serat yang tinggi, serat ini membantu menurunkan kolesterol (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Ia membantu menurunkan risiko penyakit jantung. 


 

  1. Membantu menurunkan berat badan 

 

Jambu batu yang kaya dengan serat memberikan rasa kenyang yang berpanjangan. Ia membantu anda mengawal daripada makan berlebihan. 

 

  1. Mengawal gula dalam darah 

 

Serat juga membantu menurunkan paras glukosa dalam darah, ia sangat baik bagi pesakit diabetes mengambil buah dalam diet mereka. Kajian membuktikan jambu batu bersama kulitnya lebih berkesan dalam mengawal gula dalam darah.  

 

  1. Melancarkan sistem pencernaan 

 

Buah jambu batu kaya dengan serat melancarkan sistem pencernaan, mengelakkan sembelit, dan mudah dicerna   

 

  1. Meningkatkan imun sistem badan 

 

Jambu batu yang kaya dengan vitamin C meningkatkan sistem imuniti secara umum meningkatkan antibodi badan.

 

Sumber:  

 

http://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/FA-Buku-RNI.pdf

https://www.healthline.com/nutrition/8-benefits-of-guavas 

 

https://www.nutritionvalue.org/Guavas%2C_raw%2C_common_nutritional_value.html 



 

Leave a reply