Grilled Eggplant & Lamb Shoulder with Al Ard Organic Extra Virgin Olive Oil dan Zaatar

Posted by webadmin on Saturday 10 October 2020

Bahan-bahan (1 hidangan):

  • 1 Keping Lamb Shoulder
  • 2 sudu besar Pelestinian Za'atar Blend (Thyme)
  • 3 sudu besar Al Ard Organic Extra Virgin Olive Oil
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar madu
  • 1 biji terung bulat – hiris bulat²



Cara-cara membuatnya :

1. Satukan semua bahan, gaul rata dan perap dalam 1 jam di dalam bekas bertutup dan di simpan dalam peti ais.

2.  Panaskan kuali, dengan api sederhana, bakar daging kambing sehingga kedua-dua belah nampak garing dan masak. Tetapi tidak terlalu kering. Angkat dan ketepikan.

3. Dalam kuali yang sama, bakar terung bulat dan balik-balikkan sehingga permukaannya berwarna keperangan.

4. Angkat dan hidangkan.

 

Senang je kan???

Perasan tak dalam resepi-resepi ni Moha tak letak garam atau perisa? Eh, sedap ke makan macamtu? Tak tawar ke? 

Walaupun resepi ni sempoi je, macam tawar leweh je orang kata, tapi rasa dia sedap tau. Tak muak dimakan. Rahsia kesedapannya adalah dari hasil penambahan minyak zaitun dan Za'atar itulah. 

SELAMAT MENCUBA!!




Sumber:  Tiga Resepi Mudah yang Sihat dan Sedap dengan Minyak Zaitun by Mohaz Sue