DAPATKAN SET BOX PREMIUM EVOO AL ARD PALESTINE PADA HARGA PROMOSI RM169.00 SAHAJA DENGAN PENGHANTARAN PERCUMA KE SEMENANJUNG MALAYSIA.
PENDAFTARAN VIP MEMBER SECARA PERCUMA KINI TELAH DITUTUP. TERIMA KASIH KEPADA 400 PENGGUNA YANG MENJADI AHLI (ALAMIS) YANG PERTAMA DI ALAMI LIVING. KEAHLIAN INI ADALAH SAH SEHINGGA 31 DISEMBER 2022.
Diet Laktogenik dan Diet ketika Menyusui

Diet Laktogenik dan Diet ketika menyusui

 

Diet Laktogenik bermaksud pemakanan yang menyokong dan meningkatkan penghasilan susu yang berkualiti. Secara praktikalnya, semakin banyak bayi anda menyusu, semakin banyak susu yang dihasilkan oleh badan anda. Jangan ikut jadual yang ketat. Susukan bayi anda setiap kali mereka lapar, selama yang mereka mahukan, terutama pada beberapa minggu pertama, dan pastikan beri satu belah payudara dahulu sebelum beralih yang lain. 

 

Secara asasnya, ibu yang menyusui anak memerlukan ”extra” tenaga sebanyak 500 kalori sehari. Setiap susu yang mengalir, kalori anda akan dibakar. 

 

  1. Lemak yang sihat 

 

Omega 3 yang mengandungi DHA dan EPA penting untuk tumbesaran dan perkembangan sistem saraf, minda, mata dan kulit bayi. Sumber yang boleh didapati pada ikan, seperti ikan kembung, salmon, tenggiri dan lain-lain ikan. 

 

Selain itu, lemak sayur-sayuran seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara atau emulsi kelapa dara, avocado dan kekacang. Lemak-lemak ini mengandungi antioksidan, antimikrob dan kesan anti radang. Ia akan meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan bayi anda.

 

  1. Protin yang berkualiti

 

Sumber protin yang berkualiti boleh didapati dalam ikan, ayam, daging, telur, susu, tauhu dan tempe. Makanan ini akan menyumbang kepada darah bagi penghasilan susu ibu. 

 

  1. Minum air yang mencukupi

 

Pastikan ibu-ibu minum air yang cukup, kekalkan hidrasi tubuh badan anda bagi menghasilkan susu mengikut “demand”. 

 

  1. Mengambil kalsium, acid folik, dan vitamin D

 

Nutrien penting ini perlu diambil dalam diet mereka bagi menggantikan kehilangannya ketika bersalin. Kalsium dan Vitamin D bagi menyokong kekuatan tulang, manakala asid folik menambahkan sel darah merah. 

 

Contohnya seperti: 

 

Kalsium: susu dan produk tenusu, yogurt, 

Asid folik: ayam, daging, sayuran hijau; bayam, brokoli, sawi, salad, kismis, kurma 

Vitamin D: ikan, ayam, telur kuning, makanan yang ditambah nilai vitamin D, cahaya matahari 

 

Makanan yang perlu dielakkan ketika menyusu 

 

  1. Kafein 

 

Makanan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, soda bikarbonat dan coklat perlu dihadkan. Makanan atau minuman berkafein perlu dihadkan sebanyak 350mg kafein sehari seperti 2 cawan kopi sehari.

 

  1. Herba atau supplement 

 

Herba atau supplement yang tidak diiktiraf isu keselamatannya. Jika ada keperluan tambahan nutrisi seperti kalsium, asid folik dan vitamin D sangat digalakkan untuk mengambil daripada sumber semulajadi berbanding supplement. 

 

Sumber: 

https://www.webmd.com/parenting/baby/ss/slideshow-increase-milk-supply

https://www.healthline.com/nutrition/breastfeeding-diet-101

 

Leave a reply