DAPATKAN PROMOSI YEAR END SALE BERMULA 26 NOVEMBER - 31 DISEMBER 2021
DUNIA : OMICRON - Varian Virus Covid-19 terkini

 

OMICRON, VARIAN VIRUS TERKINI YANG PERLU KITA AMBIL TAHU

Semalam 30 November 2021, kerajaan mengambil keputusan untuk menangguhkan terlebih dahulu Fasa Peralihan ke Endemik sebelum memastikan info dan tahap bahaya Varian Virus Baru yang dikenali sebagai Omicron dipastikan.

Sebelum ini, kita dihebahkan dengan penemuan Varian Virus Covid-19 yang terkini yang lebih merbahaya daripada Delta.

Berdasarkan rujukan semasa, Varian baru ini diberikan kod B.1.1.529 atau dikenali sebagai Omicron yang dilaporkan pertama kali di negara Afrika Selatan pada 24hb November yang lalu.

Para penyelidik di Afrika mendapati terdapat peningkatan mendadak jangkitan COVID-19 walaupun dengan proses pemvaksinan dalam kalangan penduduk sedang giat dilakukan.

Tahap bahaya varian Omicron ini, WHO meletakkannya dalam kategori Variant of Concern (VOC), sebaris dengan varian Delta yang dimasukkan dalam kategori itu dalam bulan Julai 2021.

Peningkatan kes positif COVID-19 di Afrika Selatan mungkin berpunca daripada Omicron dengan kadar kemasukan ke hospital didapati meningkat di Afrika Selatan.

Penyelidikan awal menunjukkan terdapat kemungkinan jangkitan semula kepada orang yang pernah dijangkiti varian COVID-19 sebelum ini. Data yang lebih banyak sedang giat dikumpul sebelum kesimpulan konkrit boleh dilakukan.

Alami Living menyarakan agar pengguna dan pembaca terus mematuhi SOP yang sentiasa diingatkan seperti sentiasa cuci tangan, pakai pelitup muka, jarakkan diri, berada di pengudaraan sempurna dan amalkan pemakanan yang tinggi khasiat seperti Minyak Zaitun, Habbatus Sawda dan Virgin Coconut Emulsion sepanjang hari.

Kita belum menang tetapi kita mampu mengurangkan jangkitan ini dengan kerjasama dan amalan positif kendiri setiap peribadi.

#AlamiLiving #AmalkanPemakananSihatSetiapHari #AlArdPalestine #AlurenVCE

Leave a reply