Tips kekal bertenaga di Bulan Ramadhan
Semasa bersahur pastikan ambil karbohidrat berserat dan sumber protin
-
Karbohidrat berserat. Seperti nasi, oats, barli, roti bijirin penuh
-
Pengambilan protin. Seperti ikan, ayam, telur, susu
-
Lemak sihat. Seperti minyak zaitun, kelapa dara
Untuk kekal bertenaga, digalakkan mengambil 3 biji buah kurma pada setiap waktu sahur. Selain itu, pengambilan buah-buahan bagi menyegarkan badan kerana ia membekalkan kandungan air serta penting untuk badan.
Anda boleh juga mengambil emulsi kelapa dara bagi membekalkan tenaga yang lebih berpanjangan. Emulsi Kelapa Dara mengandungai lemak rantaian sederhana (MCT) yang membekalkan tenaga segera kepada badan.
Hadkan pengambilan gula ringkas kerana gula ringkas akan membuatkan anda lapar lebih cepat. Sebaiknya, karbohidrat kompleks, protin dan lemak sihat akan melambatkan pencernaan dan akan memberikan anda kenyang dan bertenaga lebih lama.
Sumber:
https://www.webmd.com/diet/ss/slideshow-food-energy-boost
https://www.healthline.com/nutrition/top-10-evidence-based-health-benefits-of-coconut-oil