ALAMI LIVING MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA SEPANJANG BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PELANGGAN DAN PENGGUNA KAMI DI SELURUH MALAYSIA.
Resepi Makanan bersama Virgin Coconut Emulsion

Resipi Makanan bersama Virgin Coconut Emulsion 

 

Resepi Makanan yang boleh diubahsuai menggunakan Emulsi Kelapa Dara

 

 

Resepi Smoothie Pisang VCE 

Bahan-bahan: 

  • 1 biji pisang sederhana 

  • 1 biji kiwi

  • 1 sudu besar Virgin Coconut Emulsion 

  • 50-100ml Susu segar 

  • 1 sudu besar chia seed (pilihan)

Cara-cara: 

  1. Gunakan pisang dan kiwi yang dah dibekukan. Potong kecil-kecil. 

  2. Kisar pisang dan kiwi, masukkan susu dan VCE ke dalam pengisar.

  3. Tambahkan chia seed. Kacau rata dan sedia diminum.

 

 

Resepi Pancake VCE

Bahan-bahan: 

  • 1 biji Telur

  • 4 sudu besar mentega yang telah dicairkan

  • 1 1/2 cawan Susu Segar (anggaran)

  • 1 sudu kecil Virgin Coconut Emulsion

  • 2 cawan Tepung Gandum

  • 2 sudu besar Baking Powder 

  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Pukul telur, mentega, susu segar dan VCE hingga sebati.

  2. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ke dalam adunan tadi. Kacau lagi sehingga rata dan sebati.

  3. Rehatkan adunan selama lebih kurang 5 minit.

  4. Sendukkan adunan ke atas non-stick pan yang telah di panaskan. Terbalikkan pancake bila buih dah mula pecah. Tunggu sehingga kekuningan dan boleh diangkat dan hidangkan.

 

 

Resepi Overnight Oats VCE

Bahan-bahan: 

  • 3 sudu besar Rolled Oat

  • 50 ml Susu Segar 

  • 1 sudu besar Virgin Coconut Emulsion 

  • 1 pisang kecil

  • 4 biji strawberi

  • 8 biji blueberi 

  • 2 sudu besar Kekacang Campuran (pilihan)

  • 1 sudu kecil chia seeds (pilihan)

Cara-cara: 

  1. Dalam balang kecil, gabungkan oats, kacang, dan chia seeds.

  2. Kemudian, masukkan VCE.

  3. Seterusnya, tambahkan susu sehingga oats tenggelam.

  4. Simpankan oats di dalam peti sejuk semalaman. Anda boleh menyediakan beberapa hidangan oats terlebih dahulu dan simpan untuk masa akan datang. Overnight oats boleh bertahan di dalam peti sejuk selama 5 hari.

  5. Sedia dinikmati esok hari



 

 

Resepi Granola Bar VCE 

Bahan-bahan:

  • 6 sudu Rolled oat

  • 3 sudu Aneka kekacang (badam, walnut, biji gajus)

  • 2 sudu Buah-buahan kering dipotong kecil (kismis, aprikot)

  • 1 sudu Mentega

  • 1 sudu Madu

  • 1 sudu Virgin Coconut Emulsion

  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Panaskan sebentar oat dan aneka kekacang di dalam ketuhar.

  2. Kemudian cairkan mentega di dalam kuali. Setelah itu, masukkan kesemua bahan ke dalam kuali, gaul sebati di atas api yang perlahan.

  3. Masukkan adunan yang digaul itu ke dalam bekas bersesuaian mengikut ketebalan yang dikehendaki.

  4. Tekan dengan sudu agar adunan menjadi padat.

  5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.

  6. Keluarkan dan potong saiz empat segi kecil. Nah, sekarang granola bar sedia untuk dinikmati. 

 

 

Resepi Yogurt VCE Mixfruits 

Bahan-bahan:

  • 125g plain yogurt 

  • 1 sudu besar Virgin Coconut Emulsion 

  • 1 cawan buah-buahan campuran (epal, pisang, kiwi)

Cara-cara:

  1. Potong kecil buah-buahan campuran.

  2. Masukkan VCE dan yogurt.

  3. Gaul sebati dan sedia dinikmati.

Nota: 

Resepi yang disediakan adalah untuk satu - dua hidangan makan 

 

Leave a reply