5 Tip Turunkan Berat Badan Paling Efektif

Jom mulakan dengan 5 tips ini untuk turunkan berat badan!

1. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG 

Minum air kosong dengan mencukupi. Disarankan air kosong perlu diambil dalam 8 gelas atau 2-3 liter sehari. Tabiat minum air kosong dapat melatih diri mengurangkan pengambilan minuman bergula. Dalam kajian mengatakan air kosong membantu melancarkan proses pencernaan dan penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan. Selain itu, ia membantu meningkatkan sistem metabolisma badan.  

Digalakkan sebelum makan, dahului dengan minum air kosong 2 hingga 3 teguk bagi mengelakkan makan berlebihan. 

2TAMBAHKAN PROTIN DALAM DIET 

Dalam fasa penurunan berat badan, tidak semua makanan perlu dihadkan. Malahan protin membantu anda berasa kenyang lebih lama. Protin juga penting bagi membina otot anda. Dalam proses turunkan berat badan, anda akan kehilangan otot. Jadi, untuk menggantikan otot yang hilang anda perlu mengambil protin yang mencukupi. 

Sebagai contoh, anda boleh ambil sumber protin semasa sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ketika “snacking” juga anda boleh ambil sumber protin. Contoh sumber protin iaitu ayam, ikan, daging, telur, ikan bilis, keju, tauhu. tempe, soya, susu, dan kacang-kekacang.  

 

 

Top view healthy breakfast with muesli Free Photo

3. TAMBAHKAN SERAT DALAM DIET 

Apa itu serat? Serat ini boleh didapati daripada sumber buah-buahan, sayur-sayuran, dan karbohidrat bijirin penuh.

Apabila anda target untuk turunkan berat badan, anda selalu rasa “lapar”, jadi anda boleh tambahkan serat dalam diet anda. Boleh tambah pengambilan serat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Fungsi serat ini adalah untuk anda berasa kenyang serta mengawal gula dalam darah dan kolesterol dalam paras normal.

 

4. TETAPKAN WAKTU MAKAN 

Untuk turunkan berat badan, tak perlu “skip” waktu makan. Anda boleh makan 3 kali waktu makan utama. Jika anda masih lapar, anda boleh makan waktu “snacking”. 

Pastikan waktu makan malam 4 jam sebelum tidur. Ini kerana proses pencernaan sehingga ke perut berlaku selama 4 jam. Ketika ini, tenaga yang diperlukan hanya untuk proses pencernaan, pernafasan, peredaran darah dan jantung untuk mengepam. Jika kalori berlebihan tidak digunakan, ia akan disimpan menjadi lemak. 

 

5. WORKOUT 

Untuk turun berat badan, senaman juga membantu terutamanya untuk bakar kalori dan meningkatkan metabolisma badan anda. 

Antara senaman kardio yang anda boleh lakukan ialah berjalan, joging, dan berbasikal. Untuk turunkan berat badan secara efektif, anda digalakkan untuk buat workout iaitu latihan kekuatan yang akan menggunakan otot untuk membakar kalori atau lemak yang berlebihan. Contohnya; lompat tali, angkat berat, naik turun tangga, latihan tabata, berbasikal laju, dan berlari (sprint).

 

Sumber: 

https://www.womenshealthmag.com/fitness/a19942935/best-calorie-burning-exercises/

https://www.healthline.com/nutrition/how-to-lose-weight-as-fast-as-possible