ALAMI LIVING
ALM DAGANG Sdn Bhd adalah sebuah syarikat 100% milik Bumiputera yang ditubuhkan pada 7 Mac 2019. Syarikat ini menjalankan kerja-kerja pemasaran dan pengedaran bagi beberapa jenama terkenal dari dalam dan luar negara yang sebelum ini dilakukan oleh sebuah syarikat milikan tunggal iaitu Al Masoud Trading. ALM DAGANG Sdn Bhd telah memperkenalkan sebuah penjenamaan bagi pemasaran dan pengedarannya sebaik sahaja di tubuhkan iaitu jenama ‘ALAMI LIVING’ di Malaysia
ALAMI LIVING diperkenalkan ke seluruh Malaysia melalui sistem trading dan perlantikan reseller dan stokis. Kini terdapat seramai 6 Stokis dan 320 Reseller (Ejen Jualan) di seluruh Malaysia kyang menyertai perniagaan dan menjual produk-produk yang dipasarkan dan diedarkan.
Kini terdapat sebanyak 6 jenama terkenal bernaung di bawah jenama Alami Living seperti Al’ard dan Canaan Palestine, Pomeroyale dari Turki, Pons dari Sepanyol, Madu Alami Living dan Aluren VCE dari Malaysia. Pemilihan produk-produk berjenama ini membantu ALM DAGANG Sdn Bhd meningkatkan lagi penguasaan pasaran pemakanan yang semulajadi, premium dan kekal berkhasiat.
Dari segi pengurusan syarikat, ALM DAGANG Sdn Bhd mempunyai tenaga kerja terlatih di bidang Pengurusan Perniagaan, Pentadbiran Syarikat, Pemasaran, Logistik, Teknologi & Sains Pemakanan, ‘Import & Eksport’ dan Perundangan.
AL ARD MALAYSIA
Syarikat Al Masoud Trading yang ditubuhkan pada 5 June 2012 adalah milik pengusaha yang berpengalaman luas di bidang kewangan, pembangunan perniagaan, pendidikan dan pemasaran, Puan Azimah Hamidi. Syarikat ini telah bergerak cergas dibidang pengedaran produk Minyak Zaitun dan produk makanan dari Negara Palestine, Greece, Egypt, Spain dan Turkey.
Bermula pada pertengahan tahun 2014, syarikat Al Masoud Trading telah dilantik sebagai Pengedar & Wakil Tunggal Jenama Al Ard di Malaysia. Al Ard adalah satu jenama yang diusahakan oleh Syarikat Al'Ard Palestinian Agri-Products yang berpusat di Nablus, Tebing Barat Palestine. Syarikat tersebut menghasilkan pelbagai jenis produk berasaskan Minyak Zaitun Palestine dan beberapa produk sampingan yang lain.
Dengan menggunakan kepakaran jurutera anak tempatan Palestine dan teknologi moden yang terkini serta usaha untuk memenuhi syarat dan standard yang telah ditetapkan oleh beberapa badan berkanun di Dunia, Syarikat Al’Ard telah berjaya menghasilkan produk Minyak Zaitun Organic Extra Virgin yang Berkualiti Tinggi dan kini telah dijual dilebih daripada 25 buah Negara.
Di Malaysia, sejak tahun 2014, Syarikat Al Masoud Trading telah memulakan proses pengedaran produk Jenama Al Ard kepada pengguna secara jualan borong melalui beberapa syarikat pengedaran dan pemborong merangkumi Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Kedah.
Pada penghujung tahun 2016, Syarikat Al Masoud Trading telah memperkenalkan sistem jualan melalui Stokis dan Pengedar yang dilantik secara terus. Ini adalah bagi membolehkan pihak syarikat memastikan bahawa setiap Pengguna mendapat maklumat yang betul dan benar tentang produk yang dibeli dengan harga jualan runcit yang terkawal.
Sehingga kini, pihak syarikat secara terus-menerus telah mempromosikan produk jualan Jenama Al Ard melalui pelbagai Pameran Antarabangsa dan Malaysia, Iklan di siaran Radio dan Pengiklanan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan beberapa aktiviti promosi yang dijalankan secara berterusan di premis Pengedar dan Pengedar Alami Living.