ALAMI LIVING MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA SEPANJANG BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PELANGGAN DAN PENGGUNA KAMI DI SELURUH MALAYSIA.
5 Tip Kawal Diabetes 

 

5 Tip Kawal Diabetes 

 

  1. Menjaga waktu makan 

 

Disarankan pesakit diabetes untuk menjaga waktu makan, ini kerana makan secara teratur akan membantu menstabilkan gula dalam darah. 

 

Elakkan skip waktu makan utama, ini kerana akan menyebabkan berpeluang makan dengan porsi yang besar akibat lapar. Ini menyebabkan gula dalam darah naik mendadak (hyperglycemia). 

 

  1. Kawal pengambilan karbohidrat 

 

Pada asasnya, karbohidrat mengandungi glukosa, sukrosa dan fruktosa yang akan meningkatkan bacaan gula kepada pesakit diabetes. Jadi pengambilan karbohidrat kompleks seperti nasi, mee, mihun, roti, dll masih perlu dikawal kuantitinya. 

 

Anda juga boleh pilih karbohidrat dengan glisemik yang rendah seperti basmati, beras perang, oats, barli, epal, oren, anggur, pisang dll

 

Anda perlu rujuk kepada Dietitian anda, berapa banyak karbohidrat kompleks yang boleh diambil. 

 

  1. Kurangkan gula ringkas 

 

Gula ringkas ini sangat bahaya jika tidak dikawal. Ini kerana penyerapan gula ringkas sangat cepat dan meningkatkan bacaan gula. 

 

Gula berlebihan juga menyebabkan masalah berat badan berlebihan atau obesiti, meningkatkan risiko penyakit jantung.  

 

Pengambilan gula tambahan disarankan sebanyak 10% daripada jumlah kalori (tenaga) diambil dalam sehari. 

 

  1. Tambahkan serat dalam diet 

 

Serat sangat membantu menstabilkan gula dalam darah serta ia dapat menurunkan kolesterol. Contoh serat terdapat pada sumber bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Serat juga menambahkan rasa kenyang lebih lama. 

 

Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan antioksidan, vitamin C, E dan mineral yang penting untuk sistem badan. 

 

  1. Pengambilan lemak sihat dalam diet

 

Lemak ada 2 jenis, lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak yang disarankan untuk diambil adalah lebih kepada lemak tidak tepu seperti minyak zaitun, lemak ikan, kekacang dan avocado. Lemak sihat ini membekalkan omege 3, 6 dan 9. Ia membantu menurunkan kolesterol. 

 

  1. Senaman

Seterusnya senaman sangat penting bagi menstabilkan gula dalam darah. Senaman disarankan dilakukan selama 150 minit dalam seminggu. Contoh senaman yang anda boleh lakukan adalah berjalan, jogging, berbasikal dll. Bagi pesakit diabetes, lakukanlah senaman yang lebih ringan dan pastikan memakai kasut dan menjaga keselamatan diri anda ketika bersenam. 


 

Bacaan gula yang tidak terkawal akan mengundang komplikasi diabetes yang amat berbahaya kepada kesihatan seperti masalah saraf, buta, penyakit buah pinggang dan penyakit jantung. 

 

Sumber: 

 

https://www.webmd.com/diabetes/diabetes-diet-exercise

Leave a reply