ALAMI LIVING MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA SEPANJANG BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PELANGGAN DAN PENGGUNA KAMI DI SELURUH MALAYSIA.
4 Tips bijak membeli di Bazaar 

 

4 Tips bijak membeli di Bazaar 

 

Bazaar boleh dikatakan tempat serbuan untuk membeli juadah berbuka. Tidak dinafikan bukan mudah untuk mengawal nafsu dari membeli makanan mengikut keperluan. Mudah sangat menjerumus kepada pembaziran. 

 

Disini ada tiga tips yang anda boleh ikuti bagi mengelakkan dari makan berlebihan atau pembaziran.

 

  1. Letakkan bajet sebelum pergi ke bazar

 

Sebelum ke Bazaar Ramadan, pastikan anda telah menetapkan bajet pembelian agar anda tidak mengikut nafsu selera makan. Dalam keadaan berpuasa, tidak dinafikan semua makanan nampak sedap dan ingin dibelinya semua. Contohnya, anda boleh letak bajet mengikut keperluan makanan yang anda perlukan. 

 

  1. 1 hari 1 gerai

 

Anda boleh rancang pembelian dengan menyinggah satu gerai sehari. Memandangkan Bulan puasa ada 30 hari. Jadi anda dapat elakkan dari membeli juadah berlebihan 


 

  1. Senaraikan makanan yang ingin di beli 

 

Pastikan anda senaraikan juadah yang ingin di belinya. Contohnya, anda boleh membeli 1-2 juadah makanan sehari. Jika ada makanan lain yang anda teringin, boleh rancang pembelian pada hari lain juga. 

 

  1. Pastikan beli mengikut keperluan bukan kehendak

 

Bila tiba di Bazaar, minda anda telah dipengaruhi oleh nafsu makan. Beli hanya mengikut keperluan badan. Tip utama pemakanan adalah porsi makanan yang anda ambil. Jadi elakkan dari beli melebihi keperluan

 

Sumber: 

https://www.dietitians.org.my/health-info/5-tips-to-survive-the-ramadan-bazaars

Leave a reply